Penunggang motosikal parah dilanggar kereta di lorong kanan

Iklan
Video tular memaparkan insiden kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di kilometer 3 Lebuhraya Kajang SILK pada Sabtu.

KAJANG - Seorang penunggang motosikal mengalami cedera parah setelah dilanggar sebuah kereta di kilometer 3 Lebuhraya Kajang SILK di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan pada jam 4 petang itu disyaki berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal di lorong paling kanan, kemudian datang sebuah kereta dari arah belakang dan memotong lalu menghimpit serta melanggarnya.

Iklan
Iklan

"Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal cedera parah di kepala dan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Naazron berkata, kes telah disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ammar Mohd Tahir di talian 018-2586153 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," ujarnya.

Iklan