TEL AVIV - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad menggesa Israel membuka lebih banyak laluan ke Semenanjung Gaza bagi memudahkan penghantaran bantuan kepada penduduk, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Di Gaza, kami tidak dapat menjalankan operasi kemanusiaan pada skala yang diperlukan hanya dengan beberapa laluan yang tidak boleh dipercayai dan sukar diakses,” kata Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) dalam satu hantaran di X.