Isma Alif terima sumbangan Perdana Menteri

Iklan
Ahmad Farhan (dua dari kanan) mewakili Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada Isma Alif. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PELAKON dan penyanyi era 1980-an, Isma Alif yang kini dalam proses pemulihan selepas diserang angin ahmar pada Disember tahun lepas, menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan bagi membantu proses pemulihan Isma itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi, baru-baru ini.

Iklan
Iklan
Ahmad Farhan menziarahi Isma Alif yang kini sedang dalam proses pemulihan selepas diserang angin ahmar pada Disember tahun lalu. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Iklan

"Saya mendoakan beliau diberi kesembuhan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini, insya-ALLAH,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Ahad.

Isma Alif, atau nama sebenar beliau Muhammad Latiff Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Ampang pada 15 Disember 2023 kerana berada dalam keadaan kritikal serta ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru. - Bernama

Iklan