Pengalaman jadi taruhan SK Seri Pristana

Iklan
Penampilan kali pertama SK Seri Pristana memberi impak positif kepada pasukan dari Kuala Selangor ini. Gambar kecil: Hasmizainudin

KEJAYAAN Sekolah Kebangsaan (SK) Pristana, Sungai Buloh layak ke separuh akhir Kejuaraan Piala Raja Muda Selangor dalam penampilan pertama memberikan satu pengalaman berharga buat pasukan di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor itu.

Malah Pengurus Skuad Bawah 12 Tahun (B-12) SK Seri Pristana, Hasmizainudin Hassan menegaskan skuad kendalian Zubaidi Mat Akhir itu juga akan menambah baik kualiti menjelang perlawanan menentang dari PPD Petaling Perdana, SK TUDM Subang di padang SK Putra Height 2, pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Apabila berada di pentas empat terbaik ini secara tidak langsung meningkatkan keyakinan pemain-pemain SK Seri Pristana untuk pergi lebih jauh lagi dalam kejohanan ini.

"Namun pada masa sama, saya juga sering mengingatkan pemain-pemain untuk sentiasa fokus dan berdisiplin apabila saingan memasuki fasa kalah mati yang lebih sengit selepas ini.

Iklan

"Saya dan barisan kejurulatihan juga berharap setiap pemain-pemain SK Seri Pristana mengekalkan konsistensi masing-masing seperti sejak bermulanya saingan,” katanya.

SK Seri Pristana tekad pergi lebih jauh dalam saingan Piala Raja Muda Selangor.

SK Seri Pristana, juara Kumpulan H yang turut dianggotai SK (1) Petaling Jaya, SK Telok Panglima Garang dan SK Bandar Baru Salak Tinggi, mara ke separuh akhir selepas menjinakkan SK Seri Selangor, 4-0 di suku akhir.

Iklan

Sebelum itu, SK Seri Pristana terlebih dulu menyingkirkan cabaran pasukan dari Hulu Selangor, SK Bukit Beruntung 2, 3-1 di pentas 16 terbaik.

Sebagai rekod, Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35 menyaksikan sebanyak 32 pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan layak ke pusingan 16 terbaik, diikuti suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Pada masa sama Hasmizainudin berterima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Piala Raja Muda Selangor 2024 yang membuka penyertaan edisi ke-35 kepada pasukan sekolah luar dari daerah Petaling Perdana dan Petaling Utama.

"Kami gembira apabila pasukan SK Seri Pristana dapat mengambil bahagian dalam kejuaraan kali ini yang secara tidak langsung juga peluang pasukan meningkatkan kualiti permainan.

"Ini merupakan penyertaan sulung SK Seri Pristana dalam saingan Piala Raja Muda Selangor. Terima kasih kepada penganjur yang membuka penyertaan kepada semua pasukan daerah di Selangor berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Terima kasih juga kepada pentadbiran sekolah dan Persatuan Ibu dan Bapa serta ibu bapa pemain-pemain yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan selama ini,” katanya.

Kejuaraan pembangunan bakat Bawah 12 tahun ini terus mendapat penajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad dengan Sinar Harian sebagai media rasmi.

INFO

PIALA RAJA MUDA SELANGOR 2024

SK SERI PRISTANA (PPD KUALA SELANGOR)

PENGURUSAN

PENGURUS: HASMIZAINUDIN HASSAN

KETUA JURULATIH: MOHD ZUBAIDI MAT AKHIR

PENOLONG JURULATIH: MUHAMMAD MAHADI

JURULATIH PENJAGA GOL: ANJIRI BOLONG

FISIOTERAPI: MUHAMMAD HARITH RIDHWAN ABDUL TALIB

SENARAI PEMAIN

1. DARIS IRFAN MOHD FUAD

20. NUR AQIL HAKIM ABDUL NUR

7. MUHAMMAD SYAUQI MOHD ZAMRI

9. MUHAMMAD AMMAR AZRI

3. MUHAMMAD ADAM NAUFAL SHARIFFUDDIN

2. MUHAMMAD FAIQ MOHAMMAD RADZI

19. HUD HAFIZZY

10. MOHAMAD ARIFF SAIFUDDIN MOHAMAD AZMAN

14. KHAIRUNAS AULIA ASMAZAIDI

16. MUHAMMAD AFKAR SHAIRAN

18. MUHAMMAD HADIF AFIF MOHD SUFFIAN

8. ABID HARRAZ ASYRAF FITRI

6. AKIF QUATHAR NOR AZMI

5. MUHAMMAD FARRIEZ NAZARI

13. AKID RAZIN ABDUL RAZAK

12. MUHAMAD AKIF FIRDAN HAZA YUSDI

17. SYED QALEEF MIQAEL SYED MOHD FAISAL

15. MUHAMMAD FAZRIE NAZARI