Mahasen Al-Khatib bongkar kekejaman Israel dalam karya

Iklan
Seorang lelaki membawa wanita yang cedera di kem pelarian Jabalia yang menjadi lokasi Mahasen maut dibom tentera Israel baru-baru ini. - AFP, gambar kecil: Mahasen

RAFAH - Berita mengenai kematian seorang artis terkenal Palestin, Mahasen Al-Khatib dalam serangan udara Israel di Kem Jabalia di utara Gaza telah meruntun hati semua peminatnya kerana kesungguhannya memgutuk kekejaman rejim Zionis di platform media sosial.

Beberapa jam sebelum berita kematiannya, Mahasen sempat menerbitkan karya terakhirnya bagi mengenang kematian seorang remaja lelaki, Shabaan Al-Dalu, 19, yang dibakar hidup-hidup tentera Israel.

Iklan
Iklan

Kapsyen ringkas berbunyi: 'Beritahu saya apa yang anda rasa apabila melihat sesiapa yang terbakar' yang dimuat dalam akaun TikTok adalah ciapan terakhirnya sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat dibom tentera Zionis.

Siapa Mahasen

Iklan

Mahasin merupakan artis digital berusia 31 tahun yang berasal dari Jabalia Tal Al-Zaatar di utara Gaza.

Minat mendalam dalam seni grafik bermula sejak Mahasen di usia muda lagi dan sejak itu dia mula menerbitkan karyanya di media sosial.

Iklan

Selepas menamatkan pengajian dari sekolah menengah pada tahun 2010 dan bergelut dengan pelbagai pekerjaan demi menyara keluarganya yang terkesan akibat sekatan berterusan Israel di wilayah Gaza.

Mahasen yang mula menyedari bakatnya dalam seni yang mampu melangkah lebih jauh, mula mengambil langkah serius dengan menyiarkan beberapa karya digital di media sosial.

Mahasen banyak melahirkan karya digital untuk memaparkan penderitaan panduduk Gaza. - Foto: Agensi

Memandangkan karyanya mendapat permintaan, dia mula mengejar impiannya untuk menjadi artis serba boleh yang bukan sekadar mencari sumber pendapatan tetapi cara untuk menyuarakan ekspresi dan berhubung dengan orang lain.

Maka sejak itu, lahirlah beberapa karya digital mengenai ilustrasi dan watak yang diterbitkan di plaform media sosial dengan memaparkan kisah penderitaan penduduk Palestin yang ditindas rejim Zionis.

Karya dihasilkanya mendapat pujian dan sokongan daripada peminatnya dari seluruh dunia yang kebanyakan menyokong hasil seninya dengan memaparkan kisah penduduk Palestin.

Tambahan pula, sejak konflik Hamas-Israel meletus pada tahun 2023, karya Mahasen dilihat semakin 'agresif' apabila secara lantang mengecam tindakan pengeboman penduduk Gaza terutama wanita dan kanak-kanak.

Karya terakhir Mahasen menceritakan seorang pemuda yang dibakar hidup-hidup oleh tentera Israel. - Agensi

Perjalanan seni dan visi Mahasen

Pada tahun 2024, Mahasen mengambil tindakan berani apabila meninggalkan pengajian di universiti pada semester akhir dan mengikuti seni lukisan digital dengan lebih mendalam.

Keputusan itu telah menandakan permulaan perjalanan profesionalnya sebagai seorang artis, di mana namanya cepat melonjak naik sehingga mendapat pengiktirafan dalam pelbagai sektor di negara-negara Arab dam institusi antarabangsa.

Seorang remaja perempuan tidak dapat menahan kesedihan selepas Israel mengebom sekolah yang menjadi tempat perlindungan pelarian di kem Jabalia. - AFP

Kebanyakkan karya digital Mahasen lebih banyak mendokumentasikan realiti persekitarannya dan menyampaikan naratif mengenai harapan penduduk Gaza.

Pada masa sama, Mahasen berjaya melatih ribuan pelajar dalam seni digital bagi membantu mereka mencari laluan mereka sendiri ke arah melahirkan ekspresi kreatif dan mesej membongkarkan kekejaman rejim Zionis.- Agensi