Tidak beri impak terhadap pengecilan operasi - MEF

Iklan
Majoriti syarikat besar menyambut baik kenaikan gaji minimum itu tetapi berbeza dengan PKS yang hanya mempunyai lima hingga 20 pekerja dalam satu ruang lingkup operasi - Gambar hiasan 123RF, gambar kecil: Syed Hussain

SHAH ALAM - Peningkatan gaji minimum RM1,700 bermula tahun depan tidak memberikan sebarang impak terhadap kemungkinan berlakunya pengecilan operasi syarikat kecuali ia didorong oleh isu pengurusan perniagaan itu sendiri.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pihaknya selaku ahli Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) telah mengkaji perkara tersebut dan mengesyorkan RM1,700 sebagai amaun terbaik bagi kebanyakan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Iklan
Iklan

Menurut beliau, majoriti syarikat besar menyambut baik kenaikan gaji minimum itu tetapi berbeza dengan PKS yang hanya mempunyai lima hingga 20 pekerja dalam satu ruang lingkup operasi.

"Corak perniagaan dan operasi PKS pun berbeza. Oleh itu, majikan akan buat apa sahaja yang mereka mampu untuk menjaga kakitangan.

Iklan

"Saya tak rasa kenaikan gaji minimum akan beri kesan terhadap pengecilan operasi sehinggakan ada yang hilang pekerjaan tetapi ia lebih kepada isu perniagaan itu sendiri,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan mulai 1 Februari 2025.

Menteri Kewangan itu memaklumkan, kerajaan turut memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan berkuat kuasa 1 Ogos tahun depan.

Iklan

Jelasnya lagi, Kementerian Sumber Manusia bakal menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku pengurangan tenaga kerja, Syed Hussain berpandangan tidak mustahil ia akan terjadi secara automatik sekiranya syarikat menaik taraf sistem syarikat atau menggunakan peralatan canggih yang menggantikan pekerja.

"Jika naik taraf sistem berlaku, beberapa skop tugas akan hilang tetapi pekerjaan lain seperti teknikal mungkin meningkat,” katanya.