Elak diperiksa polis, lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Belat

Iklan
Anggota bomba menjalankan operasi SAR bagi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Belat di Kuantan.

KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Belat di Kampung Kurnia, Batu 3, Jalan Kuantan-Gambang di sini, Sabtu lalu diteruskan pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, operasi SAR diaktifkan bermula jam 11 pagi pada Ahad dengan bantuan agensi penyelamat terdiri polis, bomba dan pasukan polis marin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian menimpa mangsa, berusia 45 itu dipercayai berlaku kira-kira jam 3.15 petang Sabtu lalu.

"Dalam kejadian itu, rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dan berpaut pada bot manakala mangsa hilang disyaki telah lemas," katanya.

Iklan

Wan Mohd Zahari berkata, kejadian disedari seorang saksi yang sedang menahan bubu di lokasi tersebut sebelum terdengar suara orang meminta tolong.

"Saksi kemudian didatangi rakan mangsa memaklumkan mangsa terjatuh ke dalam sungai dan tenggelam dibawa arus.

Iklan

"Usaha pencarian awal dilakukan saksi namun mangsa gagal ditemui," katanya.

Menurutnya lagi, kehilangan mangsa dilaporkan isterinya pada malam hari kejadian.

"Bertindak atas maklumat diterima, pihak polis telah membuka Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi menyelaras operasi SAR," katanya.