WHO sahkan Mesir bebas malaria

Iklan
WHO mengesahkan Mesir sebagai negara bebas malaria, satu pencapaian bersejarah dalam usaha membasmi penyakit itu. Gambar hiasan

MOSCOW - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan Mesir sebagai negara bebas malaria, satu pencapaian bersejarah dalam usaha membasmi penyakit itu, lapor Sputnik.

"Pengiktirafan ini adalah satu kejayaan besar dalam kesihatan awam bagi Mesir, negara yang mempunyai lebih 100 juta penduduk," menurut pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Kejayaan ini dicapai hasil usaha hampir 100 tahun oleh kerajaan dan rakyat Mesir untuk membasmi malaria, penyakit yang telah lama wujud sejak zaman purba.

Status bebas malaria diberikan oleh WHO kepada sesebuah negara hanya apabila terdapat bukti kukuh bahawa rantaian penularan nyamuk pembawa malaria terputus sepenuhnya di seluruh negara sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Iklan

WHO sebelum ini melaporkan bahawa walaupun terdapat kemajuan, rantau Afrika kekal sebagai kawasan yang paling terjejas oleh malaria. - Bernama/Sputnik

Iklan