Pembekuan kuota penggajian pekerja asing diteruskan - Saifuddin Nasution

Iklan
Pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Gambar hiasan Gambar kecil: Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA - Pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, hal ini memandangkan jumlah pekerja asing dalam negara setakat 15 September lepas didapati menghampiri jumlah siling yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

Saifuddin Nasution berkata, jumlah pekerja asing dalam negara dipandu oleh ketetapan Kementerian Ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu sebanyak 15 peratus daripada keseluruhan guna tenaga kerja dalam negara.

"Maka, dimaklumkan bahawa pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing adalah diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Tempoh pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0, katanya telah tamat pada 31 Dis 2023 dan kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan program pemutihan baharu pada masa akan datang. - Bernama

Iklan