Klinik Kesihatan Gelang Patah daif, ruang menunggu sesak - Onn Hafiz

Iklan
Onn Hafiz (dua kanan) meninjau keadaan ruang menunggu yang sesak dengan pesakit di Klinik Kesihatan Gelang Patah. Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

ISKANDAR PUTERI - Keadaan Klinik Kesihatan Gelang Patah di sini disifatkan dalam keadaan daif dan tidak mampu menampung populasi penduduk di Iskandar Puteri.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang meninjau fasiliti kesihatan itu pada Ahad, menzahirkan rasa sedih dan kecewa dengan keadaan daif Klinik Kesihatan Gelang Patah.

Iklan
Iklan

"Beberapa perkara telah diutarakan pihak pengurusan klinik dan orang awam termasuk ruang klinik yang sesak dan sempit; keadaan fasiliti seperti kerusi, kipas dan pendingin hawa yang telah usang dan rosak di ruang menunggu; parkir kenderaan yang terhad dan tidak tersusun di kawasan klinik selain kekurangan aset seperti mesin ultrasound dan komputer.

Onn Hafiz ( kanan) melihat keadaan ruang menunggu yang sesak dengan pesakit di Klinik Kesihatan Gelang Patah. Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

"Purata harian pelawat ke Klinik Kesihatan Gelang Patah berjumlah lebih 800 orang pesakit dan ia tidak mampu menampung populasi hampir 100,000 penduduk di kawasan Iskandar Puteri. Keadaan yang padat dan sesak menjadi cabaran utama di sini," katanya dalam muat naik di akaun Facebook.

Iklan

Onn Hafiz memberitahu terdapat cadangan untuk pembinaan sebuah klinik kesihatan baharu di kawasan Iskandar Puteri.

"Kerajaan negeri akan membantu sedaya mungkin bagi menyelesaikan isu ini, selain turut melaksanakan penyelesaian jangka pendek bagi mengurangkan kesesakan sedia ada.

Klinik Kesihatan Gelang Patah di Iskandar Puteri. Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

Iklan

"Saya sedar dan insaf masih banyak yang perlu dilakukan dalam mempertingkat kualiti fasiliti kesihatan di Johor. Namun, saya percaya dengan kerjasama, usaha dan sokongan semua pihak, segala apa yang direncanakan mampu direalisasikan," katanya.