Tujuh terbunuh serangan bersenjata di tapak projek Kashmir

Iklan
Anggota keselamatan menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

NEW DELHI - Tujuh orang termasuk seorang doktor tempatan terbunuh dalam serangan bersenjata ke atas pekerja sebuah syarikat pembinaan di wilayah Jammu dan Kashmir pada Ahad.

Menurut laporan media tempatan, penyerang yang tidak dikenali bertindak menyerang sebuah kem yang menempatkan pekerja terlibat dalam projek pembinaan terowong di daerah Ganderbal.

Iklan
Iklan

Ketua Menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah berkata, serangan itu menyasarkan pekerja bukan tempatan di Gagangir, kawasan Sonamarg.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang menyasarkan orang awam yang tidak bersalah dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," kata Omar dalam satu hantaran di platform X.

Iklan

Mangsa yang terbunuh terdiri daripada pekerja migran dan pekerja tempatan, termasuk seorang doktor Kashmir.

Manakala mangsa yang cedera dibawa ke Institut Sains Perubatan Sher-e-Kashmir (SKIMS) di Srinagar.

Iklan

Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah mengecam serangan itu sebagai"tindakan pengecut yang keji" dan berjanji bahawa mereka yang bertanggungjawab akan dihukum. - Bernama