Tak lena tidur modal pelaburan RM87,900 lesap

Iklan
Seorang lelaki tidak lena tidur apabila modal pelaburan RM87,900 lesap gara-gara terpedaya dengan pelaburan saham yang tidak wujud. Foto hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tidak lena tidur apabila modal pelaburannya berjumlah RM87,900 lesap gara-gara terpedaya dengan pelaburan saham yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, lelaki berusia 52 tahun itu pada mulanya menerima satu pautan WhatsApp daripada individu dikenali sebagai Manday, wakil sebuah syarikat yang menawarkan pelaburan mengenai IPO saham yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 80 peratus.

Iklan
Iklan

Katanya, mangsa kemudiannya membuat pelaburan berkenaan setelah tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan.

"Mangsa telah melakukan transaksi kepada dua akaun yang berbeza pada 13 September dan 15 Oktober 2024 dengan jumlah keseluruhan modal sebanyak RM87,900.

Iklan

"Bagaimanapun, sepanjang tempoh pelaburan tersebut, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM421 sahaja.

"Mangsa kemudiannya menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM15,000 bagi tujuan pengeluaran wang keuntungan tersebut,” katanya.

Iklan

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan juga meliputi penglibatan ‘keldai akaun’ jika ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang terlibat.