Peniaga wanita mengaku tidak bersalah bunuh rakan kongsi perniagaan

Iklan
Nooraini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh rakan kongsi perniagaannya pada November tahun lepas. Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh rakan kongsi perniagaannya pada November tahun lepas.

Nooraini Remali, 36, didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Noorzihan Abd Karim yang ketika itu berusia 65 tahun di hadapan Pos Pengawal Telekom Malaysia, Batu 23, Kuala Berang antara jam 3.20 pagi hingga 4 pagi, 1 November 2023.

Iklan
Iklan

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 17 November ini.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam Che Mohd Azmi Che Hamat.

Pada 15 November 2023, Nooraini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang atas pertuduhan berkenaan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga emas ditemukan maut di dalam longkang dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan. - Bernama