KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, berkuat kuasa dari Rabu hingga Jumaat ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Sabah yang membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran) serta Wilayah Persekutuan Labuan.