Trump tunjuk bakat jadi pekerja McDonald's

Iklan
Calon Parti Republikan itu menyediakan kentang goreng dari proses menggoreng hingga memasukkan ke dalam bekas setelah diperasakan dengan garam. Foto Agensi

LANCASTER - Donald Trump kembali dengan 'stunt' kempen agak luar biasa menjelang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini.

Calon Republikan itu tampil memakai apron ketika menyediakan kentang goreng di restoran makanan segera, McDonald's di Pennsylvania pada Ahad sebelum mengadakan sidang media melalui tingkap pandu lalu premis berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kerja ini memerlukan kepakaran kerana ia memerlukan kecekapan dan dilakukan dengan pantas. Saya tidak akan lupakan pengalaman ini,” katanya ketika cuba memancing undi golongan kelas pekerja.

Trump turut melakukan sidang media melalui tingkap pandu lalu di premis berkenaan. - Foto Agensi

Trump yang masih tidak dapat menerima kekalahannya pada pemilihan 2020 bagaimanapun memberitahu kepada petugas media beliau akan menghormati keputusan pada pilihan raya kali ini hanya jika ia adalah proses yang adil.

Iklan

Ketika disoal tentang mesej sempena ulang tahun ke-60 kelahiran pesaingnya, Kamala Harris, Trump membalas, 'selamat hari lahir Kamala. Saya terfikir mahu hantar jambangan bunga kepadanya'.

Difahamkan, aksi bersahaja Trump, 78, itu adalah untuk menyindir pesaingnya, Kamala Harris, 60, setelah Naib Presiden tersebut mendakwa beliau pernah bekerja di francais makanan segera ketika masih menuntut di kolej tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Iklan

Kumpulan penyokong Trump turut beratur panjang di luar premis tersebut di Feasterville-Trevose yang merupakan sebahagian daripada daerah Bucks, kawasan pengundi penentu keputusan pilihan raya di utara Philadelphia.

Bilionair hartanah sarat kontroversi itu kemudiannya menghadiri acara town hall di Lancaster dan menyaksikan perlawanan NFL, Pittsburg Steelers menentang New York Jets. - Agensi