ISTANBUL - Pendakwah Turkiye, Fethullah Gulen yang didakwa menjadi dalang cubaan rampasan kuasa pada 2016 dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun di Amerika Syarikat (AS).
Laman web Herkul menerusi platform X memaklumkan cendekiawan berpusat di Washington itu menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di sebuah hospital pada Ahad.
Iklan
Iklan
Gulen pernah menjadi sekutu Presiden Recep Tayyip Erdogan sebelum hubungan kedua-duanya berantakan dan semakin buruk setelah Erdogan mengaitkannya dengan kegagalan kudeta yang cuba menggulingkan beliau yang turut mengakibatkan 250 orang terkorban.
Sarjana Muslim yang aktif dalam pelbagai bidang itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Difahamkan, Gulen hidup dalam buangan di AS sejak 1999. - Agensi