KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM50,000 bagi membaik pulih fasiliti Rumah Persatuan Penulis Nasional (PENA) sebagai tanda sokongan kerajaan terhadap usaha memartabat dunia penulisan dan kesusasteraan negara.
Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, Anwar berkata, bantuan itu disalurkan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang bertemu pihak PENA bagi mewakili beliau, untuk membincangkan usaha memartabat dunia penulisan dan kesusasteraan negara, baru-baru ini.