Kuota penggajian pekerja asing

Iklan
PEKERJA kontraktor warga asing melakukan kerja-kerja pembinaan bangunan ketika tinjauan foto Bernama di sekitar bandar Marang hari ini.

Pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, ini memandangkan jumlah pekerja asing dalam negara setakat 15 September lalu sudah menghampiri jumlah siling yang ditetapkan.