Anak Mat Redho dijumpai selamat

Iklan
Ku Mashariman (Hantaran Mat Redho mengenai kehilangan anaknya di sebuah sekolah di Kuala Lumpur pada Isnin.)

KUALA LUMPUR - Anak lelaki kepada atlet lari berhalangan negara, Mohd Redha Rozlan iaitu Haq Medin berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang dari sekolahnya di sini, dijumpai selamat, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, satu laporan polis mengenai kehilangan kanak-kanak itu telah diterima pihaknya.

Iklan
Iklan

"Tindakan polis telah dibuat serta-merta.

"Kanak-kanak itu dijumpai semula pada jam 3.20 petang di pekarangan tempat ibunya bekerja selepas kira-kira 20 minit laporan dibuat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, kanak-kanak itu mengambil tindakan sendiri berjalan kaki ke pejabat ibunya terletak kira-kira 1.5 kilometer dari sekolah.

Sebelum itu, Mohd Redha atau dikenali sebagai Mat Redho telah memuat naik hantaran selepas anaknya dikatakan hilang di sekolah.

Iklan

Mat Redho yang pernah menyertai program realiti, Real Men Malaysia: Wira Merah turut memaklumkan anaknya terakhir memakai baju kuning, seluar biru, kasut hitam dan beg hijau.