'Saya kagum dengan bakat dan potensi Sofyank' - Zul Ariffin

Iklan
Zul dan Sofyank saling mengagumi hasil kerja masing-masing.

PELAKON, Zul Ariffin, 38, mengakui peluang bekerjasama dengan pencipta kandungan digital media sosial terkemuka, Sofyank telah menyuntik perspektif dan keyakinan bahawa anak muda tersebut mampu pergi lebih jauh dalam bidang yang diceburi.

Menurut Zul, perkara itu diamatinya sendiri setelah berpeluang berada di bawah pengarahan Sofyank menerusi penghasilan sebuah video khas berkenaan permainan video MMORPG terkemuka dunia, Forsaken World 2, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini, saya hanya mendengar dan tahu nama Sofyank ini bila ramai cakap mengenai video-video animasi atau VFX yang dia sering hasilkan di media sosial.

"Ada juga antaranya yang saya lihat dan dari situ saya dapat rasakan dia ini berbakat besar, dia pun pernah bekerjasama dengan nama-nama besar di luar negara seperti Zach King, Will Smith, Chris Hemsworth dan Paul Rudd.

Iklan

"Kemudian bila dapat pula peluang untuk bekerjasama dengannya dalam video Forsaken World 2 ini, sudah tentulah saya pun teruja.

Forsaken World 2 boleh mula ditonton di laman sosial hari ini, manakala pelancaran rasmi permainan yang diterbitkan oleh VNGGames pada 22 Oktober dan boleh dimuat turun di App Store serta Google Play.
Bagi saya, Sofyank adalah antara bakat anak Malaysia yang mampu pergi lebih jauh. Tidak mustahil dengan potensi yang dimiliki, dia mampu melakukan sesuatu untuk industri seni perfileman tanah air,”katanya.

Iklan

Ujarnya, kostum yang diinspirasikan daripada salah satu watak dalam permainan tersebut iaitu Demon Hunter itu akan menjadi antara kenangan menarik buat dirinya.

"Lakonan saya dalam video ini juga agak berbeza kerana banyak melibatkan kesan visual dengan menggunakan skrin hijau. Saya harus menggunakan imaginasi saya sendiri.

"Kostum itu nampak macam besi, tetapi tidak berat pun. Saya kagum sebab kostum itu juga dihasilkan daripada pereka bertaraf antarabangsa.

"Saya berjaya bawakan watak itu di bawah pengarahan Sofyank tidak sampai lima jam. Semuanya berjalan dengan lancar dan yang penting saya ‘enjoy’ melakukannya,” katanya.

Zul kagum memakai kostum yang dihasilkan daripada pereka bertaraf antarabangsa.

Sentuhan antarabangsa

Sementara itu, Sofyank atau nama sebenarnya, Muhammad Sofian Abdullah, 28, mengakui seronok bekerjasama dengan pelakon Sheriff: Narko Integriti tersebut yang disifatkan sangat profesional.

"Saya rasa Zul merupakan pilihan yang paling tepat untuk watak ini. Bukan sahaja kerana dia seorang pelakon aksi yang berkaliber tetapi juga kerana watak Demon Hunter ini memerlukan susuk tubuh sasa untuk beraksi dengan senjata yang besar.

"Sepanjang bekerjasama dengannya, saya seronok sebab Zul memang sangat profesional,” katanya.

Bagi menyempurnakan lagi elemen fantasi dalam video tersebut, Sofyank turut mendapatkan khidmat juruanimasi antarabangsa yang pernah berkhidmat untuk filem Hollywood seperti The Little Mermaid, Snow White dan Sonic the Hedgehog.

Ini juga bukanlah kali pertama Sofyank berkolaborasi dengan bintang lokal untuk tujuan permainan video mudah alih.

Sebelum ini Sofyank pernah bekerjasama dengan Beto Kusyairy dalam sebuah video kesan visual yang berjaya mencapai jutaan tontonan dan menjadi buah mulut ramai.

Video arahan Sofyank untuk Forsaken World 2 boleh mula ditonton di laman sosial hari ini, manakala pelancaran rasmi permainan yang diterbitkan oleh VNGGames pada 22 Oktober dan boleh dimuat turun di App Store serta Google Play.

VNGGames sebelum ini turut mencatat sejarah sebagai syarikat permainan video global pertama yang mengadaptasikan watak pahlawan Melayu, Mat Kilau dalam sebuah permainan mudah alih terkenal.