Kerajaan teliti guna pangkalan data, e-dompet bagi penyasaran subsidi petrol

Iklan
Johan Mahmood

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbang menggunakan pangkalan data yang dihubungkan dengan kad pengenalan selain e-dompet dan kad debit yang dijadikan sebahagian daripada mekanisme sistem penetapan harga dua peringkat bagi penyasaran subsidi petrol RON95.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, ini penting bagi memastikan kerajaan dapat mewujudkan mekanisme yang dapat mengurangkan ketirisan subsidi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kerajaan kekal komited dalam memastikan rakyat terus mendapat manfaat daripada subsidi ini. Perincian mekanisme itu masih diperhalusi dan perlu dimuktamadkan, malah inilah alasannya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pelaksanaan itu hanya pada pertengahan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Debat Pasca Belanjawan 2025 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) di sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Presiden MEA Yeah Kim Leng.

Iklan

Sesi dialog itu dikendalikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Tan Sri Sulaiman Mahbob dan ahli panel termasuk Pengarah Institut Pembangunan dan Pengurusan Inklusif Malaysia Tan Sri Noor Azlan Ghazali dan Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Ambank Firdaos Rosli.

Menjelaskan mekanisme RON95 dengan penyasaran subsidi diesel, Johan berkata terdapat kemungkinan pelaksanaan itu menyamai Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Iklan

Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa manfaat utama harga pam mengikut harga pasaran adalah dari segi kemampuan untuk mengurangkan ketirisan secara serta-merta.

"Kita mendapati wujud ketirisan (selepas pengenalan mekanisme subsidi), bukan setakat di seberang sempadan tetapi juga industri yang sepatutnya membeli pada harga komersial.

"Kekurangan 30 peratus diesel itu berlaku dari segi penjualan di stesen-stesen minyak selain peningkatan jualan perniagaan komersial yang menunjukkan kedua-dua aspek itu sedang ditangani,” katanya. - Bernama