PPZ-MAIWP terima zakat perniagaan KOSWIP lebih RM400,000

Iklan
Pengerusi KOSWIP, Datuk Khairul Walid Mohamed (empat dari kanan) menyerahkan replika cek zakat perniagaan kepada Abdul Hakim (tiga dari kiri) pada Isnin.

KUALA LUMUR - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran zakat perniagaan daripada Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad berjumlah RM415,129 pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata, PPZ-MAIWP juga menawarkan Skim Wakalah atau pengembalian semula wang zakat untuk dimanfaatkan semula kepada mereka yang memerlukan.

Iklan
Iklan

"Saya menyeru agar koperasi-koperasi yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur agar dapat bersama membuat pembayaran zakat perniagaan melalui PPZ-MAIWP supaya zakat berkenaan boleh disalurkan kepada asnaf-asnaf yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pengurusan tertinggi PPZ-MAIWP dan KOSWIP selepas menyempurnakan penyerahan zakat perniagaan pada Isnin.

Iklan

Pembayaran zakat tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi KOSWIP, Datuk Khairul Walid Mohamed kepada Abdul Hakim.

Turut hadir, Setiausaha KOSWIP, Azlan Alias dan Bendahari KOSWIP Mohd Noh Chick@Chik serta pihak pengurusan KOSWIP.

Iklan

Berdasarkan Laporan Tahunan kewangan KOSWIP menunjukkan pengurusan dan tadbir urus yang kukuh sehingga ia telah dibuktikan melalui dividen yang diagihkan kepada anggota pada tahun 2023 sebanyak 11.8 peratus.

KOSWIP yang berpegang kepada moto ‘Ramai Bagi Satu, Satu Bagai Ramai’ membuktikan ia mampu berdiri teguh selama 101 tahun sekali gus menunjukkan ia sebuah organisasi berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan dan kebajikan kepada pencarumnya.