Polis siasat individu menyamar Ayob Khan di WhatsApp

Iklan
Ayob Khan. Gambar kecil: Rusdi

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat pemilik nombor yang menyamar sebagai 'Dato Ayob Khan Mydin' di aplikasi WhatsApp serta mengajak individu lain untuk turut menyertai kumpulannya di platform aplikasi tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, PDRM menegaskan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin' Pitchay tidak pernah mengendalikan sebarang group khas WhatsApp.

Iklan
Iklan

"Perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta berpotensi memburukkan imej pasukan PDRM," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Rusdi berkata, PDRM bertindak tegas dan menjalankan siasatan terhadap pemilik nombor berkenaan berdasarkan lunas undang-undang terhadap individu yang cuba menggunakan nama pimpinan tertinggi PDRM mahupun orang lain sekiranya terkesan.

Iklan
Iklan

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan aktiviti penipuan atas talian dan hendaklah sentiasa berwaspada," ujarnya.