Siling pusat pemborong runtuh, pendingin hawa meletup

Iklan
Kesan runtuhan siling di tingkat tujuh sebuah pusat pemborong di Chow Kit Kuala Lumpur pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Tiga cedera selepas pendingin hawa meletup semasa sedang proses kerja pengisian gas di sebuah pusat pemborong di Chow Kit di sini pada Isnin.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohd Azrul Mat Zenan berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 12.50 tengah hari.

Iklan
Iklan

Letupan pendingin hawa di sebuah pusat pemborong di Chow Kit dipercayai berpunca semasa proses pengisian gas pada Isnin.

Menurutnya, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa telah dikejarkan ke lokasi.

Iklan

"Setibanya di lokasi, letupan yang akibatkan runtuhan siling premis tingkat tujuh itu berpunca daripada kerja-kerja pengisian gas pendingin hawa.

"Letupan telah mengakibatkan tiga lelaki cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Letupan pendingin hawa di sebuah pusat pemborong di Chow Kit dipercayai berpunca semasa proses pengisian gas pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, tiada sebarang kebakaran yang berlaku dan operasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.