Johari terima tugas sebagai Presiden AIPA 2025

Iklan
Johari pada Isnin menerima tugas sebagai Presiden AIPA ke-46 bagi 2025 daripada Laos. Foto Parlimen Malaysia

VIENTIANE - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Isnin menerima tugas sebagai Presiden Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 bagi 2025 daripada Laos.

Simbolik serahan tugas itu dibuat oleh Presiden Dewan Rakyat Laos merangkap Presiden AIPA ke-45, Xaysomphone Phomvihane kepada Johari pada Majlis Penutup Perhimpunan Agung AIPA yang diadakan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di sini.

Iklan
Iklan

Pada majlis sama, Malaysia buat kali pertama memperkenalkan logo AIPA Malaysia 2025 menerusi video promosi.

Logo berkenaan memaparkan corak berbentuk bunga raya dengan warna yang mewakili warna utama bendera kesemua 10 negara anggota ASEAN.

Iklan
Iklan

Kali terakhir penganjuran Malaysia sebagai Presiden AIPA adalah pada 2015. - Bernama