SK Seksyen 20 fokus kecergasan pemain

Iklan
Nik Juhaidi (kanan) bersama barisan pengurusan, jurulatih dan pemain SK Seksyen 20 yang menggalas cabaran dalam Piala Raja Muda Selangor 2024.

PENYANDANG juara Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 20 lebih selesa mengambil pendekatan tenang biarpun berstatus pasukan pilihan dalam menelusuri saingan separuh akhir Piala Raja Muda Selangor.

Malah menurut penolong jurulatih SK Seksyen 20, Nik Juhaidi Tarmizi Juhari, juara Piala Sumbangsih itu lebih memberi tumpuan kepada memantapkan persediaan pasukan menjelang perlawanan menentang SK Bandar Baru Selayang 2, Batu Caves, Isnin depan.

Iklan
Iklan

"Prestasi pasukan berada pada tahap terbaik begitu juga dengan mood pemain-pemain selepas mengharungi saingan suku akhir.

Iklan

"Pada ketika ini barisan kejurulatihan memantau tahap kecergasan pemain-pemain supaya setiap mereka berada pada prestasi terbaik untuk aksi separuh akhir.

"Dan kemenangan ke atas SK Leftenan Adnan memberikan keyakinan kepada pemain-pemain untuk berdepan SK Bandar Baru Selayang nanti,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Iklan

Sebagai rekod, SK Seksyen 20, Shah Alam bukan nama asing dalam saingan Piala Raja Muda Selangor dengan rekod juara lapan kejuaraan.

Anak buah Muhammad Fadzli Baharudin memulakan kempen Pusingan 32 dengan muncul juara Kumpulan A yang dianggotai SK Bukit Beruntung 2, Hulu Selangor; SK Taman Samudera, Gombak dan SK Taman Nirwana, Hulu Langat.

Pusingan 16, SK Seksyen 20 menjinakkan SK Telok Panglima Garang, sebelum mengetepikan cabaran SK Leftenan Adnan di suku akhir.

Kesebelasan utama skuad Piala Raja Muda Selangor, SK Seksyen 20.

Sebagai rekod, Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35 menyaksikan sebanyak 32 pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan layak ke pusingan 16 terbaik, diikuti suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Kejuaraan pembangunan bakat Bawah 12 tahun ini terus mendapat penajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad dengan Sinar Harian sebagai media rasmi.

INFO

PIALA RAJA MUDA SELANGOR 2024

SK SEKSYEN 20 (PPD PETALING PERDANA)

PENGURUSAN

PENGURUS: ALIF MOHD DRUS

KETUA JURULATIH: MUHAMMAD FADZLI BAHARUDIN

PENOLONG JURULATIH: NIK JUHAIDI TARMIZI JUHARI

JURULATIH PENJAGA GOL: YAHYA LABAI

FISIOTERAPI: NUR IMANINA SHAARI

PEMAIN

1. QEU AISY MIKAIL MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR

18. MUHAMMAD BUKHARI ABDUL BASIR

5. MUHAMAD UMAR ZAQRI MOHD HASHIM

14. MUHAMMAD DENIAL MOHD SHAHIZAN

3. MUHAMMAD IRFAN NAZARUDIN

17. AHMAD FAIQ FURQAN AHMAD FAISAL

6. MUHAMMAD THAQIF WAIZ MOHD TAJUL ARIFFIN

8. MUHAMMAD AIMAN MOHD FAIZAL

4. MUHAMMAD DARWISY IKRAM MUHAMAD AZNEEF

10. AISH RAYYAN AZHARI ABDUL HAQQ

12. MOHAMMAD DAMIEN AZREEL MOHAMMAD FAUZAN

7. DANISH IZZ ZAFRAN MOHD FAIRUZ

13. MUHAMMAD RAYYAN RIZQIN MOHD RIYAZ

19. MUHAMMAD AQEEL MOHD FAIZAL

16. MUHAMED AQIL HAFIY KAMARUZAMAN

9. WAN AHMAD NUR IRSYAD WAN HASHIM

11. MUHAMMAD ASYRAF ZAILAN

2. AZRI HAZIM MOHAMAD

15. ARIF NUFAIL ARDIKA BUDI

20. MUHAMMAD ADAM MOHD FAIZAL