Guardiola sudah habis idea

Iklan
Guardiola terpaksa menerima hakikat City gagal beraksi cemerlang musim ini.

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui hairan The Citizens gagal menampilkan persembahan cemerlang sehingga terlepas peluang menjadi pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Guardiola memberitahu, lebih menghairankan apabila anak-anak buahnya gagal menyaingi Liverpool, sekali gus membenarkan The Reds meninggalkan mereka dengan jurang besar 22 mata dalam saingan EPL ketika ini.

Iklan
Iklan

"Saya tak boleh nafikan jurang mata itu sangat besar. Kami tidak menyangka akan ketinggalan 22 mata, tetapi itulah realitinya. Kami perlu menerimanya dan belajar untuk lebih baik musim depan.

"Mungkin kami perlu menilai di mana kesilapan kami dan bangkit untuk aksi lebih baik musim depan. Kami belum patah semangat musim ini tetapi gambarannya memang sudah jelas bahawa Liverpool akan menjulang trofi EPL musim ini," katanya.

Iklan

City tampil pada saingan liga domestik musim ini dengan reputasi tingggi hasil kejayaan mereka muncul juara dua musim berturut-turut iaitu pada edisi 2017/2018 dan 2018/2019.

Bagaimanapun, prestasi mereka dilihat merudum musim ini apabila sekadar memungut 51 mata hasil 16 kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan termasuk tumbang di tangan Tottenham Hotspur minggu lalu.

Iklan

Guardiola berkata, dia tidak pasti di mana silap pasukannya musim ini sambil mengambil contoh rentak cemerlang dan penguasaan permainan ketika kekalahan 0-2 kepada Spurs.

"Saya juga mahu mencari jawapan. Ketika menentang Spurs, kami mempunyai keupayaan dan semangat dan saya tahu para pemain boleh menjaringkan gol. Namun, kami tak mampu menang dan melepaskan banyak peluang menjaringkan gol. Ia masalah besar buat kami," jelasnya.