Belanjawan 2025 tutup sindiran suami tak beri duit raya kepada isteri

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

SEBELUM ini negara kita heboh dengan kisah perceraian selebriti sehingga topik ‘duit raya kepada isteri’ hangat diperbincangkan sampai menjadi bahan troll di media sosial.

Rimas juga bila berita rumah tangga artis asyik lalu-lalang di wall media sosial Merak Jalanan.

Iklan
Iklan

Tapi nampaknya Belanjawan 2025 yang diumumkan Jumaat lalu berjaya meredakan kehangatan tersebut.

Kurang sudah kisah sensasi rumah tangga artis diperbincangkan di media sosial.

Iklan

Tiada lagi tular gambar sindiran atau video-video lucu suami tidak beri duit raya kepada isteri di media sosial.

Bak kata rakan Merak Jalanan, selepas PMX umumkan Belanjawan Madani ketiga itu, netizen yang selama ini sibuk ‘membawang’ kisah selebriti bolehlah ambil cuti tahun, sebelum kembali bertugas kalau ada kisah baharu lain nanti.

Iklan

Secara tak langsung, ia memberi sedikit kelegaan kepada netizen yang sebelum ini sering kompelin terpaksa ‘kerja lebih masa’ membincangkan isu artis.

Namun begitu, Merak Jalanan percaya, dalam beberapa hari ke hadapan ini, pasti akan penuh komen ‘pakar-pakar’ melontarkan pendapat serta pandangan mengenai belanjawan pula.

Berbalik kepada isu Belanjawan 2025, tidak dinafikan, ia pasti menggembirakan sesetengah pihak, namun ada juga mungkin berduka apatah lagi jika terkait dengan cukai.

Dalam kehidupan serba mencabar dengan ramalan pakar ekonomi bahawa harga barang diramal akan naik tahun depan, pastinya sedikit sebanyak memberi tekanan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan berkeluarga besar.

Oleh itu, Merak Jalanan harap sangatlah kerajaan bawah pimpinan PMX mencari kaedah mengurangkan beban dan menangani kos sara hidup rakyat.

Merak Jalanan percaya, PMX sedang berusaha ke arah itu.