[VIDEO] 'Ada orang nak derma mata, tapi saya lebih suka macam ini'

Iklan

SEREMBAN - Bukan mudah untuk seorang anak muda menerima hakikat dirinya yang dahulunya dapat melihat kini 'gelap' buat selama-lamanya.

Ia selepas Mohd Imran Abdullah, 29, terlibat dalam kemalangan langgar lari ketika berusia 17 tahun.

Iklan
Iklan
Mohd Imran mengurut kaki seorang pelanggan.

Insiden itu mengakibatkan dia koma sebulan dan sebaik sedar, dia diberitahu saraf matanya mengalami kerosakan sekali gus menyebabkan kehidupannya berubah 360 darjah.

Bagaimanapun, dia yang kini bergelar tukang urut bangkit sebagai lelaki cacat penglihatan, malah turut menolak insan yang mahu menderma mata kepadanya.

Iklan

Mengimbau kembali selepas peristiwa itu, Imran berkata, dia lebih banyak terperuk di dalam bilik mengenang nasib diri dan mengambil masa tiga tahun untuk pulih sepenuhnya.

Mohd Imran berbangga mampu menyewa kedai bagi mengusahakan servis urutan.

"Waktu itu, saya lebih banyak menangis dan takut mahu teruskan hidup dengan keadaan mata yang tidak lagi nampak.

Iklan

"Tapi saya bangkit selepas mendapat sokongan daripada keluarga, kawan-kawan dan guru," katanya kepada Sinar Harian.

Dia kemudiannya mengikuti kelas kemahiran di sebuah sekolah pendidikan khas dan belajar bidang urutan di sebuah pusat latihan di Johor.

Ujarnya, selepas itu dia keluar mencari rezeki sebagai tukang urut di kaki lima kedai dan kemudiannya membuka kiosk sebelum mampu menyewa kedai sendiri di pasar raya di Lavender Height di Senawang.

"Ada juga pelanggan yang keluarkan kata-kata negatif apabila memberitahu saya tidak akan berjaya, tapi itu tidak sekali pun melemahkan semangat saya untuk terus berdikari, mengejar impian," katanya.

Selain itu, kata Mohd Imran, pernah ada pelanggan yang membayar wang upah mengurut dengan menggunakan kertas kosong dan perkara itu hanya disedari selepas diberitahu rakannya.

Mohd Imran menerima sekurang-kurangnya 10 pelanggan sehari.

Jelasnya, itu antara sebahagian asam garam sebagai orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang dilaluinya.

"Sebenarnya ada orang nak derma mata pada saya, tapi saya lebih suka jadi macam ini.

"Walaupun ALLAH tak bagi saya melihat semula, tapi ALLAH bagi saya sempurna yang lain seperti ada ramai kawan yang baik. Kalau saya nampak, mungkin saya tak berkawan dengan orang lain, saya akan buat hal sendiri," katanya.

Justeru, dia menasihatkan mereka yang senasib dengannya tidak mudah berputus ada dan sentiasa berusaha.

Bercerita mengenai servis urutannya, Imran berkata, setiap hari sekurang-kurangnya 10 pelanggan yang datang dan digalakkan membuat tempahan awal.

"Saya ada sediakan urutan badan, bahu dan kepala serta kaki dengan harga bermula RM30 sehingga RM80," katanya.