Jana pendapatan daripada minyak masak terpakai

Iklan
Sejak mengusahakan perniagaan tersebut, ia juga dapat membantu peniaga dan komuniti setempat menambah duit saku dengan menjual minyak masak terpakai.

SEREMBAN - Melihat akan potensi minyak masak terpakai dalam menjana pendapatan, menjadi titik permulaan kepada bapa dua cahaya mata berkecimpung dalam menguruskan perniagaan minyak masak terpakai sejak enam tahun lalu di sini.

Mohd Hazim Mohd Mustazar 33, kemudiannya meneroka lebih lanjut potensi, kelebihan dan kepentingan bahan itu kepada komuniti khususnya dalam usaha melestarikan alam sekitar.

Iklan
Iklan
Mohd Hazim ketika menguruskan minyak masak terpakai di kilangnya.

Dia yang kini menguruskan perniagaan berkenaan di Taman Tasik Jaya berkata, tidak menafikan minyak masak terpakai itu sebenarnya mempunyai nilai tersendiri dan boleh dikitar semula untuk dijadikan biodiesel, sebagai pengganti bahan api fosil yang lebih mesra alam.

"Saya menjalankan perniagaan ini pada tahun 2019 yang mana sehingga kini kesedaran orang ramai tentang minyak masak terpakai semakin meningkat dan bertambah.

Iklan

"Mereka menjual kepada kami dan lazimnya kami memperoleh (minyak masak terpakai) dari peniaga kedai makan, restoran, gerai-gerai makan, penduduk kampung dan taman di samping program-program kitar semula yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan lain-lain," katanya.

Ujarnya, malah sejak mengusahakan perniagaan tersebut, ia juga dapat membantu peniaga dan komuniti setempat menambah duit saku dengan menjual minyak masak terpakai.

Iklan

"Daripada segi proses aktiviti pengumpulan minyak masak terpakai ini, pertama sekali kita akan mengumpulnya dahulu dengan membelinya daripada komuniti dan pihak terlibat sebelum disimpan di kilang.

Mohd Hazim meneroka lebih lanjut potensi, kelebihan dan kepentingan bahan itu kepada komuniti khususnya dalam usaha melestarikan alam sekitar.

"Dalam sebulan, kami mampu mengumpul sehingga 30 ke 40 tan maksimum, dan kemudian akan menghantar ke orang tengah iaitu peraih yang akan eksport ke luar negara. Alhamdulillah pendapatan kami amat memberangsangkan dan bolehlah menampung kos - kos berkaitan," katanya yang memberitahu syarikatnya mempunyai lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Katanya, setiap pembelian harga minyak masak terpakai yang dikenakan akan mengikut kepada harga pasaran dan kebiasaannya pada anggaran harga RM 2 hingga RM3 per kilogram dan mengikut kuantit.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan, Cairul Hisham Jalaluddin berkata, pihaknya turut aktif memberi kesedaran mengenai inisiatif pengumpulan minyak masak terpakai sejak tahun 2022 menerusi penganjuran program 'Trash To Cash' yang dilaksanakan di sekolah, komuniti setempat dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Cairul Hisham

"Sejak Januari hingga September lalu, kutipan minyak masak terpakai berdasarkan data diperoleh adalah mencecah 13, 819 kilogram (kg).

"Pada peringkat awal data kutipan kita adalah sifar dan sejak aktif menerusi penganjuran program tersebut, telah menunjukkan peningkatan ketara dari segi bilangan kutipan,” katanya.

Beliau berkata, program ini (pengumpulan minyak masak terpakai) bukanlah suatu yang baharu tapi ia inisiatif yang sangat menggalakkan bagi menarik lebih ramai rakyat untuk kitar semula selain mendapat pendapatan sampingan.

Berikutan itu, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menjadikan amalan kitar semula minyak masak terpakai sebagai salah satu langkah bijak dalam menguruskan sisa.