RUU Mufti pengasingan kuasa majlis agama Islam, mufti dan Mahkamah Syariah

Iklan
Mohd Na'im

SHAH ALAM - Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 adalah pengasingan kuasa antara majlis agama Islam, mufti dan Mahkamah Syariah akan kelihatan lebih jelas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, usaha yang diambil oleh kerajaan bertujuan untuk memartabatkan dan memperkasakan institusi mufti di Wilayah Persekutuan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan pemerkasaan ini, bidang kefatwaan dan pembangunan hukum syarak akan dapat ditadbir secara teratur, telus serta berwibawa ke arah meningkatkan keberkesanan tadbir urus pentadbiran Islam di Malaysia.

"RUU ini memperuntukkan sembilan bahagian iaitu bahagian permulaan, mufti dan timbalan mufti, jawatankuasa fatwa, pengeluaran fatwa, penentuan kiblat, jawatankuasa falak syarie, jawatankuasa rukyah hilal, jawatankuasa pengawasan pengajaran agama Islam dan perunding akidah dan pelbagai,” katanya menerusi Facebook pada Isnin.

Iklan

Mohd Na'im berkata, pentadbiran keadilan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan hukum syarak di bawah bidang kuasa mufti akan ditadbir oleh akta berasingan.

"Ini adalah komitmen Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengangkat martabat institusi kefatwaan dalam aspek perundangan, semoga usaha ini akan diberkati oleh ALLAH SWT,” ujarnya.

Iklan

Sebelum itu, RUU yang sama mendapat kritikan daripada Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang mahu berdialog mengenai perkara yang sama.

Mohd Na’im bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana menghormati pandangan semua pihak serta pandangan Mufti Perlis.