JDT jangka tentangan sengit Gwangju

Iklan
Pemain-pemain JDT giat menjalani latihan di Stadium Yongin Mireu. Foto Johor Southern Tigers

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) menjangkakan tentangan sengit daripada kelab liga Korea Selatan, Gwangju FC apabila kedua-dua pasukan berentap dalam aksi Zon Timur Liga Juara-Juara Elit (ACLE) di Stadium Yongin Mireu pada Selasa.

Malah, pengendali JDT, Hector Bidoglio percaya pendahulu kumpulan skuad kendalian Lee Jung-hyo berkenaan akan memanfaatkan aksi di bumi sendiri dalam pertembungan dua pasukan teratas berkenaan.

Bidoglio

Iklan
Iklan

"Kami menjangkakan satu perlawanan yang sengit kerana Gwangju sebuah pasukan yang bagus.

"Selain itu mereka juga diperkuatkan pemain-pemain berkualiti serta penguasaan bola baik dan bermain secara terbuka.

Iklan

"Biarpun kami juga lebih fokus kerana pasukan memiliki pasukan yang bagus dan pemain-pemain berkualiti berdasarkan dua keputusan perlawanan terdahulu dan sekali kami perlu sekali lagi menampilkan potensi pasukan dalam perlawanan menentang Gwangju," katanya.

Arif Aiman Hanapi turut menjalani latihan di Stadium Yongin Mireu. Foto: Johor Southern Tigers

Sebagai rekod, perlawanan ACLE antara Gwangju menentang JDT terpaksa diubah ke venue lain selepas keadaan padang di Stadium Bolasepak Gwangju tidak berada dalam keadaan sesuai dan terbaik untuk aksi kejuaraan utama kelab Asia berkenaan.

Iklan

Situasi itu menyaksikan Gwangju terpaksa menempuh perjalanan sejauh 234 kilometer (km) ke Stadium Yongin Mireu untuk menjadi tuan rumah bagi aksi tersebut.

Mengulas situasi pertukaran venue tersebut memberi kesan kepada Harimau Selatan, Bidoglio berkata:"Saya fikir isu tentang stadium tidak penting biarpun lebih suka bermain di tempat sendiri.

"Pada ketika ini adalah penting fokus kami kepada permainan dan bermain sebagai satu pasukan."

Harimau Selatan sebelum ini membuka gelanggang ACLE dengan meraih keputusan seri 2-2 ketika bertandang ke Stadium Bolasepak Pudong, menentang jaguh China, Shanghai Port pada 18 September sebelum menang bergaya 3-0 ke atas Shanghai Shenhua.