Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS

Iklan
Pada jam 8.10 pagi, mata wang tempatan ialah pada 4.3045/3200 berbanding dolar aS daripada 4.3045/3100 ketika ditutup pada Isnin. Gambar hiasan.

RINGGIT tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa berikutan sentimen berhati-hati pada prospek ekonomi semasa menyaksikan beberapa pelabur beralih kepada aset selamat, kata seorang ahli ekonomi.

Pada jam 8.10 pagi, mata wang tempatan ialah pada 4.3045/3200 berbanding dolar AS daripada 4.3045/3100 ketika ditutup pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dolar AS mengukuh apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka mengambil pendekatan secara beransur-ansur dalam melonggarkan dasar monetari.

"Presiden Federal Reserve Bank of Minneapolis, Neel Kashkari berpendapat penurunan kadar faedah mungkin akan diteruskan pada kadar lebih perlahan pada suku akan datang apabila Fed bergerak ke arah kadar neutral. Sementara itu, ketegangan yang berterusan di Timur Tengah telah menyebabkan harga minyak mentah terus meningkat.

Iklan

"Akibatnya, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat kepada paras tertinggi 104.012 mata, menunjukkan permintaan kukuh untuk dolar US," katanya kepada Bernama.

Walaupun jangkaan ringgit diniagakan tidak berubah dalam persekitaran permintaan semasa bagi dolar US, beliau berkata prospek pertumbuhan positif Malaysia, ditambah dengan komitmennya terhadap penyatuan fiskal, memberikan kes kukuh bagi ringgit yang lebih kukuh pada masa depan.

Iklan

"Unjuran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga yang mencapai 5.3 peratus, menunjukkan negara dijangka mencatatkan pertumbuhan kukuh tahun ini dan seterusnya berpotensi merekodkan pertumbuhan lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, ringgit lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8579/8685 daripada 2.8685/8724 pada Isnin dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5890/6091 daripada 5.6040/6112.

Ia juga menokok berbanding euro kepada 4.6553/6721 daripada 4.6687/6746 ketika ditutup pada Isnin.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan dengan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia menokok berbanding baht Thailand kepada 12.8397/12.8948 daripada 12.8719/8945 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2692/2814 daripada 3.2776/2821 manakala ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 277.6/278.7 berbanding 277.6/278.1 sebelumnya serta tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.48/7.51 berbanding 7.48/7.49 ketika ditutup pada Isnin. - Bernama