Ten Hag masih percaya mampu julang piala

Iklan
Erik Ten Hag

PENGENDALI Manchester United, Erik Ten Hag masih bercita-cita untuk meraih piala walaupun berdepan permulaan kempen yang buruk musim ini.

Ten Hag mengalami tekanan selepas permulaan yang perlahan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Europa dan mengakui untuk menang piala memerlukan mereka menang semua perlawanan yang dihadapi.

Iklan
Iklan

"Kami tidak mempunyai permulaan yang baik. Kami tahu tentang perkara itu dan kami tidak gembira.

"Tetapi saya juga tahu, anda tidak memenangi trofi pada musim luruh, musim sejuk atau musim bunga. Anda memenanginya apabila sampai ke bulan April dan Mei.

Iklan

"Tugas kami adalah untuk memastikan pasukan menang sepanjang musim, terutamanya pada penghujung musim," katanya.

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Belanda itu percaya, mereka berada di landasan betul dan mahu peminat menunggu sehingga musim ini berakhir.

Iklan

"Anda perlu memastikan anda membangunkan pasukan supaya mereka bersedia untuk memenangi trofi. Kami dalam perjalanan. Ia adalah perjalanan yang jauh.

"Tetapi, saya rasa kami menuju ke arah yang betul. Bersabar, sama-sama kita tunggu bagaimana musim ini akan berakhir dan bagaimana kita akan ke hadapan," katanya.

Sebelum ini, laporan menyebut bahawa Ten Hag hanya mempunyai dua perlawanan untuk menyelamatkan tugasnya sebagai bos United sebelum perlawanan menentang Aston Villa dan Brentford.

United seri 0-0 di Villa dan kemudian mengalahkan Brentford 2-1 di Old Trafford hujung minggu ini, yang telah mengurangkan sedikit tekanan ke atas Ten Hag.