Kanak-kanak Palestin dukung adik cedera untuk dapatkan rawatan

Iklan
Kedua-dua kanak-kanak itu kemudiannya dibawa menaiki kereta oleh individu yang merakamkan insiden pengorbanan si kakak tersebut. Foto Agensi

GENTING GAZA - Sebuah klip menyentuh hati memaparkan pengorbanan seorang kanak-kanak Palestin yang bertubuh kecil membawa adiknya yang cedera di tengah Genting Gaza.

Rakaman yang menjadi tular di media sosial pada Isnin itu jelas menunjukkan si kecil itu keletihan kerana mendukung mangsa di atas bahunya yang tidak boleh berjalan selama kira-kira sejam.

Iklan
Iklan

Ketika disoal individu yang merakamkan insiden itu, 'kenapa anda membawanya begitu?, kanak-kanak itu kemudiannya menjawab 'dia dilanggar dengan kereta'.

"Ke mana anda mahu membawanya. Adakah anda tidak letih?" ujar individu itu lagi.

Iklan

"Saya penat, tetapi perlu mendapatkan rawatan untuknya di Taman al-Buriej," katanya merujuk kepada lokasi di mana bantuan perubatan diberikan kepada penduduk cedera di Gaza.

Individu tersebut kemudiannya menawarkan bantuan kepadanya dan kedua-dua adik-beradik itu dibawa menaiki kereta menuju ke destinasi tersebut.

Iklan

Ketika ini, rejim Zionis terus memperhebatkan kempen pengeboman ke atas wilayah tersebut dan meragut lebih 42,600 nyawa setelah perang genosid berlarutan selama lebih setahun di Gaza. - Agensi