Ramai kena tipu beli beg tangan dalam talian

Iklan
Polis rekod 242 kes tipu pembelian beg tangan secara dalam talian dengan kerugian cecah RM3 juta di seluruh negara sejak tahun lalu. (Foto hiasan/123RF) Gambar kecil: Ramli

KUALA LUMPUR - Sebanyak 242 kes dengan kerugian mencecah RM3 juta direkodkan melibatkan kes tipu pembelian beg tangan secara dalam talian di seluruh negara sejak tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tahun lalu mencatatkan 137 kes dengan kerugian kira-kira RM2.1 juta.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tahun ini setakat September, ada 105 kes dilaporkan membabitkan kerugian berjumlah RM918,063.03.

"Apa-apa yang ditawarkan dalam platform online ini berisiko mendatangkan penipuan kerana apa sahaja yang dilihat menarik, individu yang akan menjadi mangsa ini kemudiannya akan membuat tempahan dan sebagainya.

Iklan

"Lebih membimbangkan tiada apa-apa jaminan bahawa barangan diterima itu sama seperti ditempah atau dalam sesetengah kes langsung tidak ada diterima," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, dinasihatkan agar mana-mana individu atau pembeli barangan secara dalam talian untuk menggunakan platform yang sah dan mempunyai jaminan.

Iklan

Katanya, ada kalanya barang yang ditawarkan dengan harga murah itu didakwa sebagai tulen namun tidak diketahui sumber dan sebagainya.

"Dinasihatkan masyarakat agar tidak mudah terjebak dengan taktik sebegini, jika diharap pembelian untuk dapat harga murah, akhirnya yang dapat hanya penipuan sahaja," ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada 11 Oktober, Sinar Harian melaporkan seorang wanita kerugian lebih RM5,000 bagi pembelian beg tangan mewah selepas membuat pembelian di satu akaun Instagram.

Pemilik akaun itu menawarkan perkhidmatan pembeli persendirian bagi membeli beg mewah tersebut di luar negara.

Mangsa terpedaya dengan tawaran separuh harga yang diberikan oleh pembeli persendirian tersebut.

Suspek menggunakan taktik dengan memaparkan testimoni daripada pelanggan lain yang berpuas hati dengan khidmat diberikan termasuk menyatakan penghantaran cepat serta barang selamat sampai.