Jurulatih Gwangju terkejut JDT dibarisi ramai pemain import

Iklan
JDT akan berdepan Gwangju FC dalam aksi ACLE pada Selasa. Foto JDT

PENGENDALI kelab Gwangju FC, Lee Jung-hyo mengakui terkejut apabila mendapati Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai ramai pemain import dalam kesebelasan utama pasukan itu.

Kelab dari Korea Selatan itu akan berdepan JDT dalam aksi Zon Timur Liga Juara-Juara Elit (ACLE) di Stadium Yongin Mireu pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurut Jung-hyo, dia dan barisan kejurulatihan pasukan itu telah membuat analisa mengenai pasukan JDT dan mengakui Harimau Selatan mempunyai ramai pemain yang berkualiti.

"Apabila kami menganalisis (JDT), kami lihat mereka mempunyai ramai pemain individu yang bagus.

Iklan

"Namun, saya agak terkejut, sebagai pasukan Malaysia, mereka mempunyai sembilan atau sepuluh pemain asing (dalam kesebelasan utama)," katanya dipetik daripada ESPN Asia.

JDT menggunakan sembilan pemain import dalam kesebelasan utama pasukan ketika menghadapi saingan ACLE dengan hanya Arif Aiman Hanapi dan Natxo Insa sebagai pemain tempatan dalam dua perlawanan awal menentang Shanghai Port dan Shanghai Shenhua.

Iklan

Bagaimanapun, ia tidak menyalahi undang-undang kejohanan tersebut kerana tiada had pemain import telah diperkenalkan oleh Konferderasi Bolasepak Asia (AFC).

Gwangju FC ketika ini berada di kedudukan teratas Kumpulan A dengan enam mata selepas dua perlawanan, manakala JDT pula di kedudukan kedua dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri.