PEMAIN beregu wanita negara, Ng Qi Xuan, yang berdepan kecederaan ngeri terkehel lutut dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 pada Sabtu lalu, memohon bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan.
Qi Xuan bersama gandingannya, Yap Rui Chen, sudah terlalu hampir untuk melayakkan diri ke final kejohanan itu sebelum kecederaan lutut yang dialaminya menyaksikan gandingan itu terpaksa menarik diri untuk memberikan laluan kepada Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.