RM290 juta peruntukan Baucar Buku Madani - KPM

Iklan
Kah Woh

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM290 juta diperuntukkan bagi pemberian Baucar Buku Madani kepada lebih 3.5 juta murid sekolah dan pelajar lepasan menengah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, penebusan dan transaksi pembelian penuh tersebut boleh dilakukan sehingga 31 Disember ini.

Iklan
Iklan

"Sehingga 21 Oktober 2024, seramai 1,915,110 orang murid dan pelajar lepasan menengah seluruh negara telah membuat penebusan Baucar Buku Madani.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 661,487 ialah murid tahap dua sekolah rendah manakala seramai 1,191,817 merupakan murid sekolah menengah.

Iklan

"Bagi Kolej Vokasional, Pra-Universiti, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru pula berjumlah 61,806 pelajar,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) mengenai jumlah peruntukan Baucar Buku Madani dan status terkini pemberian tersebut.

Iklan

Mengulas lanjut, Kah Woh berkata, jumlah nilai baucar berkenaan yang telah ditebus sehingga 21 Oktober lalu berjumlah RM157 juta.

Menurutnya, daripada penebusan ini juga, ia telah pun menghasilkan nilai pembelian keseluruhan sebanyak RM120.5 juta melibatkan 3.9 juta naskhah buku.

"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, murid sekolah rendah (Tahun 4 dan ke atas) menerima baucar sebanyak RM50 manakala murid sekolah menengah dan pelajar lepasan menengah seperti kolej tingkatan enam, kolej vokasional dan kolej matrikulasi serta pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) menerima baucar sebanyak RM100,” katanya.

Beliau menambah, bagi memastikan pelaksanaan berkenaan dapat diselesaikan akhir tahun ini, Kementerian Pendidikan (KPM) juga mengadakan sesi libat urus berkaitan penebusan baucar buku kepada semua jabatan berkaitan.