HULU SELANGOR - Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari sebuah rumah di Bandar Utama Batang Kali di sini, pada 12 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, laporan kehilangan Saraliana Muhamad dibuat oleh ibu remaja itu pada Jumaat.