[VIDEO] Allahuakbar, merdunya...

Iklan
Muhammad Sharul Amin Kamarozaman - Foto Twitter Sharul

ALUNAN suara bekas peserta Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Sharul Kamal ketika melaungkan azan di sebuah masjid di Mesir menarik perhatian peminatnya.

Sharul atau nama sebenarnya, Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 23, berbuat demikian ketika menziarah makan Sultan Al-Muayyyad ketika menjalani penggambaran musim terbaharu sebuah program travelogue.

Iklan
Iklan

Sedutan video azan yang dialunkan Sharul itu dimuat naik menerusi Twitter miliknya sehingga kini ditonton hampir 400,000 tontonan.

Terkenal dengan lagu Racun Rindu, beliau juga maklumkan sedikit gementar ketika melaungkan azan sejurus bilal masjid memintanya berbuat demikian.

Iklan

"Tadi ziarah makam Sultan Al-Muayyad (sebelah tu). Saya saja 'test' azan sebab 'shooting' dan kawasan ni memang tempat bilal dulu-dulu azan, sekali bilal masjid ni suruh azan sampai habis. Menggeletar weh," ciapnya pantas menarik perhatian peminatnya hingga tular di laman sosial.

Sebaik sahaja peminat mendengar alunan tersebut, rata-ratanya terkedu dan tersentuh hati tatkala mendengar kelunakan suara penyanyi dan pelakon itu.

Iklan

"Dia punya merdu azan sampai yang dengar ni pun boleh rasa nak nangis," kata Aina.

Rakaman video di Twitter Sharul mencuri perhatian peminat dan netizen.

Kata Akmalizzat,"Allahuakbar merdunya." manakala Aman turut menyokong dengan meminta agar penyanyi itu memuat naik video penuh azan tersebut.

Ada juga menyamakan suara Sharul seperti para imam di Makkah hingga meremang bulu roma.