Yayasan MR D.I.Y. pasang 9 papan tanda, bersihkan laluan Bukit Kutu

Iklan
Sukarelawan MR D.I.Y bergambar bersama papan tanda baharu yang dipasang sepanjang laluan pendakian.

SHAH ALAM - Pengunjung Bukit Kutu di Kuala Kubu Bharu, Selangor kini boleh menikmati pengalaman pendakian lebih selamat dan selesa hasil usaha Yayasan MR D.I.Y. yang membantu memasang papan tanda serta membersihkan kawasan laluan pendakian.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan terbabit, Zaleha Mohd Mydin berkata, mereka telah memasang sembilan papan tanda titik pemeriksaan laluan pendakian menerusi inisiatif ‘Jiran Sejati, Sentiasa Di Sisi’.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi menjayakan inisiatif tersebut, mereka telah bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan, Malim Gunung Perhutanan Selangor dan 30 sukarelawan.

Sebanyak sembilan papan tanda baharu dipasang sepanjang laluan pendakian Bukit Kutu, Selangor.

Beliau berkata, dengan menyediakan laluan selamat, bersih dan mempunyai penunjuk arah yang baik untuk pendaki di Bukit Kutu, ia akan menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat.

Iklan

"Keutamaan kami ialah untuk memberi impak positif kepada kehidupan rakyat Malaysia. Salah satu cara kami melakukannya ialah dengan memastikan lokasi rekreasi yang popular dijaga dengan baik supaya lebih ramai orang dapat menikmatinya.

"Kami memasang sembilan papan tanda di sepanjang titik pemeriksaan laluan pendakian Bukit Kutu dan membersihkan laluan tersebut bagi memastikan ia kekal selamat untuk pendaki,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan
Sukarelawan Yayasan MR D.I.Y membersihkan laluan pendakian di supaya lebih selamat dan selesa.

Mengulas lanjut, Zaleha berkata, Yayasan MR D.I.Y. telah menguruskan aktiviti yang merangkumi program pemeliharaan alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan, pembangunan kapasiti dan mempromosikan kekayaan seni serta budaya Malaysia.

Tambah beliau, pada tahun 2023 mereka telah menjalankan 175 program dan memberi impak positif kepada lebih 58,000 individu selain dinobatkan Yayasan Terbaik Tahunan (Peruncit Perkakas Rumah) dalam Anugerah Semangat Komuniti Cemerlang oleh CSR Malaysia di Anugerah Kelestarian dan CSR 2024.

"Kami turut berterima kasih kepada Jabatan Perhutanan dan Malim Gunung Perhutanan Selangor kerana telah membimbing sukarelawan sepanjang program ini,” katanya.