Lelaki didakwa cabul wanita atas katil

Iklan
Ridhwan Shah (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Selasa.

MELAKA - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan cuba mencabul kehormatan seorang pelancong wanita di sebuah rumah tamu, minggu lalu.

Tertuduh, Ridhwan Shah Abdullah, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 44 tahun dengan cara menarik seluar wanita itu dengan niat hendak mencabul kehormatannya.

Tindakan itu dilakukan di dalam bilik sebuah rumah tamu di Jonker Walk di sini, kira-kira jam 2.57 pagi pada 19 Oktober lalu.

Iklan

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman, jika disabitkan kesalahan.

Insiden itu dipercayai berlaku ketika pengadu bersama anak perempuan dan cucunya berusia tiga tahun tidur di bilik yang tidak dikunci untuk memudahkan suaminya yang menginap di bilik berasingan menggunakan kemudahan tandas di biliknya.

Iklan

Bagaimanapun, ketika sedang tidur, tertuduh telah menceroboh masuk bilik wanita terbabit dan naik ke atas katil dalam keadaan bogel sebelum cuba melondehkan seluar mangsa.

Pengadu pada mulanya menyangka tertuduh adalah suaminya, sebelum bertindak menolak badannya dan menjerit menyebabkan anak perempuannya tersedar dan terus membuka lampu.

Namun tertuduh bertindak menutup semula lampu dan menyuruh pengadu serta anak perempuannya diam sebelum wanita itu menjerit memanggil suaminya menyebabkan tertuduh memakai semula seluarnya lalu melarikan diri.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian mencadangkan jaminan sebanyak RM7,000 berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan kerana dia tidak sedar ketika kejadian berlaku.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan

Mahkamah turut menetapkan semula sebutan semula kes pada 5 Disember depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.