Pegawai khas MB Kedah nafi kasari peniaga pasar malam

Iklan
Tangkap layar video tular yang menyaksikan berlaku pertengkaran di Jalan Pegawai.

ALOR SETAR - Pegawai khas kepada Menteri Besar Kedah, Salmy Anas Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Anas menafikan dakwaan mengasari seorang wakil peniaga seperti tular di TikTok pada Ahad.

Salmy Anas berkata, pada awalnya beliau pergi ke tapak pasar malam di Jalan Pegawai itu bagi meninjau masalah membabitkan peniaga di situ sekitar jam 11.30 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mengikut perancangan pihaknya mahu mengadakan perbincangan dengan ketua peniaga di situ, namun ketika tiba di lokasi ada dua individu lain berada di kawasan berkenaan.

"Apabila sampai, saya lihat dua individu itu ada bersama ketua peniaga terbabit. Jadi, saya memaklumkan yang saya tidak dapat berbincang dengan ketua peniaga pada masa itu bagi mengelak ia jadi isu politik.

Iklan
Salmy Anas

"Jadi saya masuk semula dalam kereta, ketika itu seorang daripada individu terbabit menjerit berkali-kali memanggil saya turun sambil merakam video.

"Saya kemudian memintanya menghentikan rakaman video dan dia mengajak saya berbincang di tempat lain," katanya dalam kenyataan pada Selasa

Iklan

Pada Isnin, media melaporkan seorang pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung satu insiden pertengkaran membabitkan orang awam.

Dalam video yang tular di media sosial, dikatakan berlaku perselisihan faham antara pegawai terbabit dan orang awam di kawasan berdekatan tapak pasar malam Jalan Pegawai.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan menerima dua laporan daripada dua lelaki berusia 48 dan 54 tahun berhubung kejadian tersebut.