KPDN rampas pelbagai barangan seludup RM4.3 juta

Iklan
Azman (kanan) menggunting beg tangan ketika Program Pelupusan Barang Kes di stor penyimpanan KPDN di Kandis, Bachok pada Selasa.

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM4.3 juta sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, rampasan itu melibatkan 769 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada masa sama KPDN Kelantan turut menerima serahan rampasan di sempadan Malaysia-Thailand melibatkan jumlah RM1.5 juta menerusi 491 kes dan 173 tangkapan.

KPDN Kelantan merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM4.3 juta sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.

"Daripada jumlah itu Pasukan Gerakan Am (PGA) merekodkan jumlah tangkapan tertinggi berjumlah RM1.28 juta melibatkan 320 kes.

Iklan

"Diikuti Jabatan Kastam RM98,250, PPM (Pasukan Polis Marin) RM85,829 dan PDRM, RM46,905 serta beberapa agensi lain lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Program Pelupusan Barang Kes di stor penyimpanan KPDN di Kandis di sini pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Azman memberitahu, sebanyak 99 kes telah diselesaikan di mahkamah melibatkan jumlah RM607,000.

Azman (dua dari kanan) melupuskan sebahagian daripada barangan rampasan dengan menggunting.

Tambahnya, kesemua barang rampasan akan dilupuskan dan kebanyakannya melibatkan Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Timbang Sukat 1972, Akta Cap Dagang 2019 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Beliau berkata, antara barangan tersebut ialah beg, kasut, seluar serta wangian tiruan, peralatan komputer, logo halal palsu dan sebagainya.

Azman (dua dari kanan) bersama barangan yang akan dilupuskan dan kebanyakannya melibatkan Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Timbang Sukat 1972, Akta Cap Dagang 2019 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999.

KPDN menggesa masyarakat untuk bersama-sama menyokong inisiatif 'Kita Gempur' dan menjadi sebahagian daripada gerakan masa agar melaporkan sebarang maklumat melalui aplikasi WhatsApp di talian 848 8000, dan talian hotline yang beroperasi 24 jam iaitu di talian 03 8882 6088.