Kenaikan gaji minimum tingkat kualiti hidup pekerja - SERI

Iklan

SHAH ALAM - Langkah kerajaan menaikkan gaji minimum kepada RM1,700 meningkatkan kualiti hidup pekerja di seluruh negara di samping mengiktiraf cabaran dihadapi perniagaan kecil dengan memperkenalkan perubahan berperingkat.

Inisiatif Penyelidikan Sosial dan Ekonomi (SERI) dalam satu kenyataan berkata, rancangan kerajaan untuk menaikkan gaji minimum penting bagi memastikan semua rakyat Malaysia yang bekerja menerima pampasan yang adil.

Iklan
Iklan

Menurutnya, untuk menyokong perniagaan kecil, penangguhan sementara keperluan gaji minimum untuk perusahaan mempunyai kurang daripada lima pekerja telah dicadangkan yang akan berkuat kuasa sehingga 1 Ogos 2025.

"Keputusan strategik ini bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara melindungi hak pekerja dan membolehkan perniagaan kecil menyesuaikan diri tanpa beban yang tidak sepatutnya," katanya pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2025, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Iklan

Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja, contohnya gaji permulaan juruteknik industri dan pengeluaran (RM2,290), jurutera mekanikal (RM3,380) dan profesional pekerja kandungan kreatif (RM2,985).

Tambah kenyataan tersebut, Anwar turut mengumumkan rancangan untuk menguatkuasakan dasar gaji progresif mulai tahun depan.

"Belanjawan juga melaporkan ramalan hasil persekutuan meningkat 5.5 peratus kepada RM339.7 bilion pada 2025 daripada RM322.1 bilion tahun ini, seterusnya menunjukkan prospek ekonomi yang positif," katanya.

Ujarnya lagi, SERI percaya menyediakan garis panduan gaji minimum komprehensif untuk semua sektor seperti dijanjikan Kementerian Sumber Manusia akan memperkasakan pekerja dengan pengetahuan tentang gaji yang adil.

Dalam pada itu, organisasi tersebut juga menggalakkan pemilik perniagaan kecil untuk melibatkan diri dengan garis panduan berkenaan bagi memupuk persekitaran kerja menyokong sambil terus berkembang maju dalam persaingan pasaran.

"Semasa melangkah ke tahun 2025, SERI komited untuk memantau kesan perubahan ini dan menyokong dasar lanjut yang menggalakkan kesaksamaan sosial dan kemampanan ekonomi," katanya.