Penuntut UiTM Puncak Alam meninggal dunia di fakulti

Iklan
Penuntut jurusan perhotelan itu secara tiba-tiba rebah semasa berada di Fakulti Perhotelan. Foto hiasan (Gambar kecil: Mohd Hafiz)

SUNGAI BULOH - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, di sini, yang rebah di fakulti meninggal dunia, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan kejadian itu diterima pihaknya pada jam 8.13 malam.

Iklan
Iklan

Katanya, kejadian dimaklumkan berlaku kira-kira jam 5 petang ketika penuntut jurusan perhotelan itu secara tiba-tiba rebah semasa berada di Fakulti Perhotelan.

"Penuntut lelaki itu disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital UiTM Puncak Alam dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Mohd Hafiz berkata, siasatan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Sementara itu, satu tabung derma kilat buat Allahyarham Muhammad Faiz Mohd Sazali, 20, dilancarkan oleh Bachelor in Office System Society (BOSS) UiTM Puncak Alam untuk disumbangkan kepada keluarga arwah.

Iklan

Menerusi satu hantaran di media sosial, memaklumkan tabung berkenaan akan dibuka selama tiga hari bermula hari ini hingga lusa.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 156020233689 di atas nama Nor Afni Md Sari yang merupakan penasihat BOSS.