Indeks Pembangunan Manusia di Gaza jatuh ke tahap 1955 - PBB

Iklan
Indeks Pembangunan Manusia Semenanjung Gaza dijangka jatuh ke tahap 1955 iaitu 0.408 pada tahun ini akibat konflik dengan Israel. Foto AFP

GENEVA - Indeks Pembangunan Manusia (HDI) Semenanjung Gaza dijangka jatuh ke tahap 1955 iaitu 0.408 pada tahun ini akibat konflik dengan Israel, menghapuskan lebih 69 tahun kemajuan, menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), lapor Sputnik.

"Bagi Negara Palestin, HDI akan jatuh ke 0.643 (pada penghujung 2024) - tahap yang dianggarkan pada 2000, menjadikan kemajuan pembangunan mundur selama 24 tahun. Bagi Gaza, HDI dijangka jatuh ke 0.408 - tahap yang dianggarkan pada 1955, menghapuskan lebih 69 tahun kemajuan," menurut laporan itu.

Iklan
Iklan

Sementara itu, kemiskinan di Palestin dianggarkan meningkat kepada 74.3 peratus pada 2024, menjejaskan 4.1 juta orang, termasuk 2.61 juta orang yang baru jatuh miskin akibat konflik dengan Israel, tambah laporan itu.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Palestin dijangka jatuh 35.1 peratus pada 2024 berbanding senario tanpa perang, kata UNDP, sambil menambah kadar pengangguran boleh meningkat kepada 49.9 peratus.

Iklan

"Penilaian menunjukkan walaupun bantuan kemanusian diberikan setiap tahun, ekonomi mungkin tidak akan pulih ke tahap prakrisis selama satu dekad atau lebih. Apabila keadaan di lapangan membenarkan, rakyat Palestin memerlukan strategi pemulihan awal yang kukuh, disepadukan dalam fasa bantuan kemanusiaan, meletakkan asas untuk pemulihan mampan," kata Pentadbir UNDP Achim Steiner.

Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) berkata pada September sekitar 82 peratus perusahaan swasta di Gaza rosak atau musnah akibat operasi ketenteraan Israel menjelang awal tahun ini. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) meramalkan kadar pengangguran di Semenanjung Gaza akan mencapai 79.7 peratus pada Oktober, manakala KDNK akan jatuh 84.7 peratus berbanding Oktober 2023. - Bernama-Sputnik

Iklan