Aktiviti hutan simpan kekal, Taman Eko Rimba di Pahang ditutup

Iklan
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memaklumkan penutupan sementara Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri, kawasan ekopelancongan dan aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di negeri berkenaan, susulan musim tengkujuh yang dijangka berlaku bulan depan. Foto hiasan

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memaklumkan penutupan sementara Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri, kawasan ekopelancongan dan aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di negeri berkenaan, susulan musim tengkujuh yang dijangka berlaku bulan depan.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, jabatan berkenaan memberitahu penutupan sementara yang bermula semalam (21 Oktober) sehingga satu tarikh akan dimaklumkan kelak, bagaimanapun tidak melibatkan Mossy Forest di Cameron Highlands.

Iklan
Iklan

"Oleh itu, semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua dan lain-lain aktiviti riadah, adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini.

"Bagi pengunjung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, 09-5732911/2914,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Dalam laporan media sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip dipetik berkata pihaknya meramalkan Monsun Timur Laut (MTL) berlaku pada awal bulan depan, berdasarkan faktor klimatologi. - Bernama

Iklan