Penang FC buat keputusan drastik dalam masa terdekat

Iklan
Akmal Rizal. Foto FB Penang FC

PENGURUSAN Penang FC akan membuat keputusan penting dan drastik mengenai masa depan pasukan bola sepak negeri berkenaan susulan prestasi hambar yang ditunjukkan skuad Harimau Kumbang dalam beberapa perlawanan Liga Super musim ini.

Pengurusan Penang FC dalam kenyataan memberitahu keputusan berkenaan akan dimaklumkan selepas beberapa aspek dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

Iklan
Iklan

"Satu mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan semalam untuk membincangkan dan membuat beberapa keputusan demi masa depan Penang FC, ia bagi kepentingan pasukan dan penyokong.

"Keputusan yang diambil ini secara khusus memberi tumpuan untuk mengukuhkan prestasi pasukan dan memulihkan komitmen pemain serta barisan kejurulatihan terhadap kecemerlangan di dalam dan luar padang,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Dalam pada itu, Pengurusan Penang FC mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh para penyokong meskipun pasukan berkenaan mencatatkan beberapa keputusan perlawanan yang kurang memuaskan.

Terdahulu prestasi skuad kendalian Ketua Jurulatih Akmal Rizal Ahmad Rakhli terus merudum apabila hanya memenangi dua daripada 12 perlawanan, termasuk dua kekalahan berturut-turut yang dicatatkan ketika menentang Kuala Lumpur City FC dan Sri Pahang FC pada Ahad lepas.

Iklan

Akmal Rizal sebelum ini berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan pasukan bagi menentukan nasibnya bersama pasukan terbabit. - Bernama